Thursday, October 23, 2008

sekitar Majlis Hari Raya Aidilfitri 2008

Pada hari Isnin yang lalu, Jawatakuasa Blok Asrama dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah menganjurkan satu majlis hari raya aidilfitri 2008 yang bertempat di Dewan Makan, Asrama IPPM. 

Majlis tersebut bertujuan meraikan sambutan hari raya aidilfitri pada peringkat guru pelatih IPPM, meningkatkan kerjasama antara jawatankuasa tertinggi guru pelatih (JPP & Jawatankauasa Blok Asrama), serta meningkatkan rasa kesyukuran dan ketaqwaan dalam kalangan umat Islam, khususnya pada guru pelatih IPPM. Ramai guru pelatih yang menetap di blok A, B, dan C telah turut sama hadir bagi memeriahkan sambutan majlis tersebut. 

Semoga majlis seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.



8.30 mlm- kehadiran guru-guru pelatih


mendengar ucapan daripada KJ HEP


menikmati juadah yang disediakan


ramainya guru pelatih...


ada yang makan di anjung BISA


persembahan nazam

cabutan nombor bertuah

Monday, October 20, 2008

Lawatan Muhibbah JPP IPIS ke IPPM

Pada 17 Oktober lalu, pihak JPP IPPM telah menerima lawatan muhibbah daripada JPP Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS). Objektif lawatan ini adalah seperti berikut:

1) Mengeratkan hubungan antara JPP IPIS dan JPP IPPM.
2) Mendedahkan para ahli JPP IPIS tentang kaedah yang digunakan oleh JPP IPPM dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
3) Memantapkan ahli JPP IPIS berkenaan ilmu pengurusan dalam organisasi JPP.

Alhamdulillah, objektif-objektif tersebut berjaya dicapai pada malam itu. Kami, JPP IPPM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan JPP IPIS. Insya Allah, hubungan baik yang telah terjalin antara dua IPG ini akan berkekalan untuk selamanya. 

ucapan daripada YDP JPP IPPM

ucapan daripada YDP JPP IPIS

JPP sedang khusyuk mendengar

Sesi pembentangan- tayangan video daripada JPP IPIS

Sesi dialog : pengurusan organisasi JPP & isu yang berkaitan

Sesi penyampaian cenderamata kepada pihak IPIS


Cenderamata buat seluruh rombongan IPIS.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.