Thursday, January 22, 2009

Laporan Program Malam Freedom for Palestin


Program Malam Freedom for Palestin yang dianjurkan oleh Biro Agama dan Dakwah dengan kerjasama Jawatankuasa BISA telah berjaya dilaksanakan pada 16 Januari 2009. Program ini berjaya mencapai objektif-objektifnya yang ingin menyuntik kesedaran kepada semua guru pelatih tentang penderitaan umat Islam di Semenanjung Gaza. Diharapkan agar program seumpama ini akan dianjurkan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Jujur. Proaktif. Produktif

Perhimpunan Bulanan Januari 2009



Pada 19 Januri, perhimpunan bulanan yang pertama telah diadakan di Dewan Seri Kandi, IPGM Kampus Perempuan Melayu. Perhimpunan ini telah mengumpulkan seluruh warga institut. Antara pengisiannya ialah ikrar perkhidmatan awam, ucapan bicara profesional, ucapan pengarah, YDP, dan tayangan video tentang Gaza. Sempena perhimpulan kali ini, pihak institut telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin. Tabung ini bertujuan mengutip dan menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui badan amal. 


Jujur. Proaktif. Produktif.

Thursday, January 15, 2009

Program Malam Freedom for Palestin



Tarikh : 16 Januari 2009 (Jumaat)
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aisyah
Tema : "Hancur Israel, Selamatkan Palestin"
Penyertaan : Semua guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu
Anjuran : Biro Agama dan Dakwah dengan kerjasama Jawatankuasa BISA

Progran ini bertujuan:
  1. Menanam kesedaran terhadap isu kekejaman Israel terhadap umat Islam.
  2. Mendedahkan kepada guru pelatih tentang isu global yang berlaku di Palestin.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dalam memperjuangkan Islam.
  4. Mengukuhkan ukhwah di kalangan guru pelatih.

Aturcara program:
  • Gimik
  • Pelancaran tabung Palestin
  • Tayangan video Palestin
  • Rintihan dari Palestin
  • Kata-kata semangat
  • Bacaan Qunut Nazilah & Doa Wihdah
  • Tandatangan "hancur Israel, selamatkan Palestin"
  • Pameran Palestin

Jujur. Proaktif. Produktif.

Cuti Sempena Tahun Baru Cina 2009



Dimaklumkan bahawa cuti bagi Tahun Baru Cina akan bermula pada 26 sehingga 30 Januari 2009. Untuk pengetahuan guru pelatih sekalian, hari Rabu telah diambil sebagai cuti peristiwa Kuliah pada hari Khamis akan diganti pada 17 Januari dan Jumaat akan diganti pada  14 Februari.  Selamat bercuti!

Jujur. Proaktif. Produktif.

MPPB Januari 2009



Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Ambilan Januari 2009 telah berlangsung pada 12 - 16 Januari 2009. Seramai 300 pelajar KPLI-SR, dan 207 pelajar PISMP tahun pertama, dan 15 orang KPLI-LPBS-J-QAF Ambilan Januari 2009 - Jun 2010 telah mendaftarkan diri pada hari Isnin yang lalu. 

Wednesday, January 14, 2009

Forum Maal Hijrah 1430 H



Pada 9 Januari yang lalu, satu forum sempena Maal Hijrah telah berlangsung di Dewan Seri Kandi. Forum ini telah dihadiri oleh semua guru pelatih dan para pensyarah yang beragama Islam. Forum yang bertajuk "Kuasa Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah" ini turut mengupas beberapa isu yang berkaitan dengan hijrah. Antaranya termasuklah:

1) Sebab-sebab berlakunya hijrah
2) Implikasi hijrah terhadap golongan Muhajirin dan Ansar
3) Kesan hijrah kepada umat Islam yang dinafikan haknya (Palestin)
4) Persiapan diri untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam
5) Peranan sayap wanita untuk melahirkan generasi yang dapat 
    membantu umat Islam
6) Aplikasi hijrah dalam kehidupan harian

Ahli panel forum ini terdiri daripada Ustaz Mohd. Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ustazah Pauziah binti Hj. Omar dan Kapten Muhd. Azizan bin Mohamed. Manakala moderator ialah Ustaz Mat Nawi bin Jusoh. 

Banyak input yang baru yang dapat dijadikan amalah dalam kehidupan harian kita sebagai seorang Muslim yang berjaya. Semoga forum ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga perubahan yang dirancang akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa di sisi-Nya.

Promosi Teater PGL Musim 3



Petikan daripada laman web Istana Budaya

Adipati dan orang-orang Majapahit menghadapi saat-saat kekalahan. Seorang pengutus raja telah dihantar ke Melaka untuk mendapat kerjasama menentang Demak. Kekosongan jiwa Puteri mula terisi dengan kehadiran rombongan Melaka yang diketuai Hang Tuah. Cinta pandang pertama mula memutik di antara Puteri dan Hang Tuah.

Anjuran: Biro Sastera & Budaya, JPP
Penyertaan : semua guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu
Harga tiket : RM33 (caj sebanyak RM3 akan dikenakan untuk tempahan)

*Tempat adalah terhad, iaitu sebanyak 78 orang sahaja. Sesiapa yang berminat, sila berikan nama dan nombor K/P anda kepada Biro Sastera & Budaya sebelum 1 Februari 2009. 

Pementasan Teater Makyung Raja Besar Senyanya




Pada 9 Januari yang lalu, Biro Sastera & Budaya telah menganjurkan satu lawatan untuk menonton teater yang bertajuk Makyung Raja Besar Senyanya. Seramai 45 orang guru pelatih telah menyertai lawatan yang diadakan di Istana Budaya. Lawatan ini turut disertai oleh 10 orang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu. Pementasan teater ini didapati amat menarik kerana terdapat banyak unsur lelucon manakala secara keseluruhannya, teater berjaya disampaikan dengan baik.

Berikut merupakan petikan sinopsis daripada teater tersebut:
Raja Besar Senyanya bakal membawa kisah anak Raja Gondang yang terkenal dalam genre makyung dan seringkali dipersembahkan kepada golongan di Raja serta aristokrat. Persembahan ini berkisar kepada kisah Raja Besar Senyanya, ayahanda anak Raja Gondang yang kecewa apabila dikurniakan putera dengan rupa fizikal siput gondang. Beliau yang marah dengan kejadian tersebut menghalau permaisurinya dengan tuduhan bahawa permaisurinya berlaku curang.