Wednesday, February 25, 2009

Pertandingan Syarahan & Nasyid

Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), IPGM Kampus Perempuan Melayu akan mengadakan beberapa aktiviti bagi menjana diri guru pelatih sebagai insan cemerlang. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan syarahan dan nasyid yang bertujuan mencari wakil institut ke peringkat kebangsaan. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 -10.30 malam
Tempat : Dewan Serikandi (Dewan Besar) dan Dewan Tun Fatimah
Peserta : terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa dan KDC

Objektif :
  • meningkatkan penghayatan terhadap erti hijrah dalam kalangan guru pelatih
  • mencungkil dan memupuk bakat guru-guru pelatih dalam syarahan dan nasyid
  • memperingati peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat
  • mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ikatan ukhwah di kalangan guru pelatih


Jujur. Proaktif. Produktif. 

Pendaftaran Pelajar KDP-OUM


Seramai 112 orang guru telah mendaftarkan diri di Kampus Perempuan Melayu pada hari Isnin, 23 Februari 2009 bagi mengikuti Kursus Diploma Perguruan 14 minggu. Kami selaku barisan JPP mengalu-alukan kehadiran anda ke Kampus Perempuan Melayu. Semoga kembara ilmu di sini akan membawa seribu pengalaman yang bermakna dalam diri para pendidik.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Monday, February 16, 2009

Pilihanraya

Pilihanraya bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010 telah selamat berlangsung pada pagi tadi. Terima kasih kepada semua guru pelatih yang telah mengundi dan seterusnya memilih wakil pemimpin anda dengan bijaksana. Keputusan pilihanraya juga telah ditampal di papan kenyataan blok asrama. Jadi bagi mengetahui sama ada calon-calon undian anda terpilih atau tidak, sila rujuk senarai nama tersebut. 

Tahniah kepada bakal-bakal ahli JPP yang baharu. Mudah-mudahan kalian semua dapat membawa kecemerlangan buat semua guru pelatih IPGM KPM pada masa akan datang.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Thursday, February 12, 2009

Kempen Derma Darah Berjaya


Terima kasih atas semua pihak yang telah menjayakan kempen derma darah pada 11 Februari 2009 yang lalu. Untuk pengetahuan anda, seramai 116 orang guru pelatih telah menderma darah pada hari tersebut. Manakala, seramai 96 orang pula tidak melepasi kelayakan menderma darah yang telah ditetapkan kerana halangan tertentu. Antaranya termasuklah kekurangan berat badan, tidak melepasi paras hemoglobin 12.5, tekanan darah tinggi, selsema dan batuk. Tidak mengapa, cuba lagi pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, kempen ini berjaya mencapai sasarannya untuk mendapatkan seramai 100 orang penderma. Tahniah Biro SOKEBA! 


Jujur. Proaktif. Produktif.

Pembatalan Promosi PGL

Biro Sastera dan Budaya ingin memaklumkan bahawa lawatan ke Istana Budaya bagi menyaksikan teater Puteri Gunung Ledang Musim ke-3 telah dibatalkan. Hal ini kerana kebanyakan tiket yang berharga RM30 telah habis dijual dan tidak boleh ditempah. Pihak Biro Sastera dan Budaya memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. 


Jujur. proaktif. Produktif.

Thursday, February 5, 2009

Kempen Derma Darah 2009


Anjuran : Biro Sosial dan Kebajikan (SOKEBA) dengan kerjasama Hospital Besar Melaka.
Tarikh : 11 Februari 2009 (Rabu)
Tempat : Dewan Srikandi 
Masa : 9.00 pagi - 1.30 petang

Objektif Program
  • Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam jiwa warga IPGM KPM.
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada warga IPGM KPM untuk memberi sumbangan serta melakukan amal soleh.
  • Merapatkan silaturrahim dalam kalangan warga IPGM KPM.
  • Membantu mereka yang lebih memerlukan.
Kepentingan Menderma Darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya:
  • mangsa kemalangan
  • pesakit yang menjalani pembedahan
  • bayi yang baru lahir dan menghidap penyakit kuning (jaundis)
  • pesakit talassemia dan hemofilia
  • ibu yang mengalami ketumpahan darah
Kriteria bagi seseorang penderma darah
Anda layak menderma darah sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di bawah:
  • berumur 19 tahun ke atas
  • berat badan 45 kg dan ke atas
  • sihat tubuh badan
  • sihat pada hari menderma darah
  • tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu sebelum menderma darah
  • tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma darah
  • tidak mengandung atau menyusu anak di bawah setahun
  • tidur yang cukup (lebih daripada 6 jam)
  • tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Proses menderma
  • isi borang
  • pemeriksaan tekanan darah & berat badan
  • ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
  • pengambilan darah
  • rehat dan jamuan ringan


Jujur. Proaktif. Produktif.

Tuesday, February 3, 2009

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu

Seramai 91 orang telah mendaftar pada hari Selasa, 3 Februari 2009 untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)  ambilan Februari 2009. Ambilan kali ini merupakan ambilan kali kedua. Kami selaku barisan JPP mengalu-alukan kehadiran guru pelatih KPLI dan mengucapkan selamat datang ke Kampus Perempuan Melayu. Semoga anda akan mendapat kecemerlangan sepanjang menuntut selama setahun di sini.



Jujur. Proaktif. Produktif.

Pilihanraya JPP 2009

Tarikh pilihanraya : 16 Februari 2009
Unit yang terlibat : PPISMP & PISMP

Garis panduan pilihanraya IPGM Kampus Perempuan Melayu:
  1. Setiap unit mestilah menghantar 3 orang calon.
  2. Setiap borang pencalonan mestilah ada nama pencadang dan penyokong.
  3. Tarikh penamaan calon ialah pada 1 hingga 4 Februari 2009. Sila hantar borang pencalonan unit anda sebelum pukul 1.30 petang ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
  4. Senarai nama calon-calon yang layak bertanding akan ditampal di papan kenyataan selepas diluluskan oleh pihak pendaftar.
  5. Selepas 4 Februari, calon-calon yang layak akan mengambil gambar berukuran pasport.
  6. Pegawai petugas pilihanraya seperti pegawai pengira undi akan dipilih daripada unit KPLI.
  7. Pihak HEP akan menjadi pemantau agar pilihanraya berjalan dengan lancar.
  8. Calon yang mendapat undian yang terbanyak akan dipilih.
Cara-cara berkempen:
  • Calon boleh menggantung poster.
  • Calon boleh membuat sudut pidato di kawasan asrama sepanjang 5 hingga 15 Februari, dari pukul 9 - 10.30 malam. Calon boleh menyatakan dasar yang diperjuangkannya.
  • Calon boleh mengedarkan flyer yang telah dirujuk dan diluluskan oleh KJ HEP.
  • Meraih undi daripada individu ke individu atau daripada bilik ke bilik.

Semasa pilihanraya berlangsung:
  • Guru pelatih akan mengundi di Dewan Seri Kandi dan Dewan Tun Fatimah.
  • Satu peti undi telus akan disediakan bagi setiap unit.
  • Masa mengundi ialah pada waktu tutorial, iaitu pukul 8.00 - 9.00 pagi.
  • Keputusan pilihanraya akan diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 2.30 petang, 16 Februari setelah diluluskan oleh pihak pendaftar.

Selepas pilihanraya berlangsung:
  • Calon-calon yang menang akan bermesyuarat pada 18 Februari untuk membentuk organisasi JPP yang baharu.
  • Pada 27  Februari, JPP akan dimasyurkan melalui majlis penyerahan watikah JPP.

Jujur. Proaktif. Produktif.