Monday, April 27, 2009

Sekitar Bengkel Penulisan Bebas


Bengkel penulisan bebas telah diadakan pada 11 April yang lalu dan bertempat di Universiti Multimedia. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan tentang dunia penulisan dan industri percetakan di Malaysia. Penceramah yang telah diundang pada kali ini ialah Encik Zamri Mohamad, seorang penulis buku juga merangkap penulis bebas sepenuh masa. Beliau sering diundang untuk memberikan ceramah berkenaan topik penulisan dan pemasaran internet. 

Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi dengan input baharu serta perkongsian pengalaman hidup Encik Zamri dalam bidang penulisan. Tidak lupa juga, beliau turut memberi tips yang berguna kepada kami sebagai penulis yang masih berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Pada sebelah petang, aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dilaksanakan dengan pembabitan para peserta secara menyeluruh. Kesempatan ini digunakan oleh para peserta yang cuba mengaplikasikan bakat serta kreativiti dalam latihan penulisan. Encik Zamri banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang sesi ini.

Bengkel ini berakhir pada pukul 5 petang dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta dan sesi bergambar. Semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Sekalung penghargaan buat pihak MMU, khususnya Persatuan Bahasa dan Kebangsaan Melayu (PBMKM) yang telah sudi mengundang IPGM KPM sebagai peserta bengkel ini.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Sepetang bersama mantan JPP 2008-2009

Pada 10 April yang lalu, sebuah majlis hi-tea telah dianjurkan oleh JPP  sebagai tanda penghargaan buat ahli Jawatakuasa Perwakilan Pelajar yang telah berkhidmat pada tahun lalu. Majlis ini telah diadakan di Hotel Ancasa, MITC dan telah diserikan dengan kehadiran Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu, Puan Hjh. Noor Hayatee serta Timbalan Pengarah, Datin Siti Hanifah. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Hj. Mihat turut berada bersama-sama dalam majlis ini. 

Majlis yang berlangsung sekitar pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang ini telah diisi dengan beberapa acara yang telah dirancang. Antaranya termasuklah acara penyampaian cenderamata kepada para pensyarah penasihat biro, bertukar-tukar hadiah, dan sesi bergambar. Jelas kelihatan nuansa keceriaan pada setiap wajah ahli JPP lama dan baharu. Sesungguhnya banyak pengalaman yang bermakna telah dikutip sepanjang tempoh perkhidmtan sebagai JPP. Semoga ukhuwah yang telah terjalin ini akan berkekalan sepanjang hayat.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Thursday, April 9, 2009

Bengkel Penulisan Bebas

Dipetik daripada:Buletin MMU

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PBMKM) akan menganjurkan

Bengkel Penulisan Bebas 2009 
" Menjana Wang melalui Penulisan" 

Bengkel Penulisan yang julung kali diadakan ini akan dikendalikan oleh seorang penulis bebas sepenuh masa, Encik Zamri Mohamad. Bertemakan 3P, Penulis, Penulisan dan Pemasaran, belajar cara-cara menjana wang melalui bakat anda dalam bidang penulisan. Bengkel selama sehari ini diselang selikan dengan ceramah dan latihan secara berkumpulan secara efektif. 

Hari : 11 April 2009, Sabtu 
Tempat: CLC B1, Multimedia University, Melaka 
Masa : 9.00 pagi hingga 4 petang 
Bayaran untuk pelajar MMU: RM 25 
Bayaran untuk pelajar IPTA/IPTS: RM 30 
Bayaran untuk peserta luar: RM 35 

  • Material dan nota kursus disediakan 
  • Makanan tengah hari dan minuman petang disediakan 

Peserta Bengkel ini dihadkan kepada 60 orang. Jika berminat untuk menyertai, sila hubungi Suraya di 016-7311730 atau emel di alsuraya87@yahoo.com. Tarikh tutup penyertaan adalah 8 April 2009. 

Perhatian : Kepada guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila berikan nama dan nombor K/P kepada ahli JPP Biro Penerbitan dan Penerangan pada hari Jamaat, 10 April 2009. Taklimat ringkas akan turut diberikan pada hari tersebut, selepas perhimpunan. Harap maklum.



Jujur. Proaktif. Produktif.