Wednesday, May 6, 2009

Teater Bangsawan Mahsuri

Seramai 78 guru pelatih telah menonoton pementasan teater bangsawan Mahsuri pada hari Selasa, 28 April yang lalu. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Biro Sastera dan Budaya JPP. Teater ini antara lainnya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang seni teater serta memberi pengalaman yang menyeronokkan semasa menonton teater. 

Arahan Fauziah Nawi, teater bangsawan Mahsuri kali ini telah dibarisi oleh pelakon seperti Vanida Imran, Arja Lee, Azizah Mahzan, dan Cico Harahap. Secara keseluruhannya, teater seperti ini berjaya menonjolkan keindahan peribadi seorang wanita zaman dahulu kala yang berjiwa suci dan berbudi bahasa. Namun, masih ada ruang untuk penambahbaikan dari segi dialog watak-watak utama yang perlu diperbanyakkan. Nantikan lawatan yang seterusnya ke Istana Budaya pada semester hadapan, insya Allah.







Jujur. Proaktif. Produktif.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Lawatan guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah berlangsung pada tarikh 19, 25 dan 26 April yang lalu. Antara tujuan lawatan tersebut diadakan ialah mendapatkan buku-buku ilmiah, alat bantu mengajar (ABM), poster dan majalah pada harga yang berpatutan. 

Biro Pendidikan selaku biro yang menganjurkan lawatan ini telah membuka penyertaan kepada 80 orang bagi setiap tarikh dinyatakan. Guru-guru pelatih yang mengikuti lawatan ini telah bertemu muka dengan  beberapa orang penulis buku semasa berada di sana. Lawatan ini telah memberi banyak hasil yang positif dan menarik terhadap para peserta. Semoga aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.


Jujur. Proaktif. Produktif.