Sunday, July 5, 2009

Laman Web JPP IPGM KPM


Laman web Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kampus Perempuan Melayu telah dilancarkan secara rasminya pada 23 Jun lalu semasa Perhimpunan Bulanan di Dewan Serikandi, IPGM KPM.

Kepada para pengunjung blog JPP, anda dipersilakan melawat laman web tersebut. Kami mengalu-alukan sebarang komen, cadangan, dan maklum balas yang membina daripada anda.


Jujur. Proaktif. Proaktif.

Wednesday, May 6, 2009

Teater Bangsawan Mahsuri

Seramai 78 guru pelatih telah menonoton pementasan teater bangsawan Mahsuri pada hari Selasa, 28 April yang lalu. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Biro Sastera dan Budaya JPP. Teater ini antara lainnya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang seni teater serta memberi pengalaman yang menyeronokkan semasa menonton teater. 

Arahan Fauziah Nawi, teater bangsawan Mahsuri kali ini telah dibarisi oleh pelakon seperti Vanida Imran, Arja Lee, Azizah Mahzan, dan Cico Harahap. Secara keseluruhannya, teater seperti ini berjaya menonjolkan keindahan peribadi seorang wanita zaman dahulu kala yang berjiwa suci dan berbudi bahasa. Namun, masih ada ruang untuk penambahbaikan dari segi dialog watak-watak utama yang perlu diperbanyakkan. Nantikan lawatan yang seterusnya ke Istana Budaya pada semester hadapan, insya Allah.







Jujur. Proaktif. Produktif.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Lawatan guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah berlangsung pada tarikh 19, 25 dan 26 April yang lalu. Antara tujuan lawatan tersebut diadakan ialah mendapatkan buku-buku ilmiah, alat bantu mengajar (ABM), poster dan majalah pada harga yang berpatutan. 

Biro Pendidikan selaku biro yang menganjurkan lawatan ini telah membuka penyertaan kepada 80 orang bagi setiap tarikh dinyatakan. Guru-guru pelatih yang mengikuti lawatan ini telah bertemu muka dengan  beberapa orang penulis buku semasa berada di sana. Lawatan ini telah memberi banyak hasil yang positif dan menarik terhadap para peserta. Semoga aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Monday, April 27, 2009

Sekitar Bengkel Penulisan Bebas


Bengkel penulisan bebas telah diadakan pada 11 April yang lalu dan bertempat di Universiti Multimedia. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan tentang dunia penulisan dan industri percetakan di Malaysia. Penceramah yang telah diundang pada kali ini ialah Encik Zamri Mohamad, seorang penulis buku juga merangkap penulis bebas sepenuh masa. Beliau sering diundang untuk memberikan ceramah berkenaan topik penulisan dan pemasaran internet. 

Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi dengan input baharu serta perkongsian pengalaman hidup Encik Zamri dalam bidang penulisan. Tidak lupa juga, beliau turut memberi tips yang berguna kepada kami sebagai penulis yang masih berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Pada sebelah petang, aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dilaksanakan dengan pembabitan para peserta secara menyeluruh. Kesempatan ini digunakan oleh para peserta yang cuba mengaplikasikan bakat serta kreativiti dalam latihan penulisan. Encik Zamri banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang sesi ini.

Bengkel ini berakhir pada pukul 5 petang dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta dan sesi bergambar. Semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Sekalung penghargaan buat pihak MMU, khususnya Persatuan Bahasa dan Kebangsaan Melayu (PBMKM) yang telah sudi mengundang IPGM KPM sebagai peserta bengkel ini.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Sepetang bersama mantan JPP 2008-2009

Pada 10 April yang lalu, sebuah majlis hi-tea telah dianjurkan oleh JPP  sebagai tanda penghargaan buat ahli Jawatakuasa Perwakilan Pelajar yang telah berkhidmat pada tahun lalu. Majlis ini telah diadakan di Hotel Ancasa, MITC dan telah diserikan dengan kehadiran Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu, Puan Hjh. Noor Hayatee serta Timbalan Pengarah, Datin Siti Hanifah. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Hj. Mihat turut berada bersama-sama dalam majlis ini. 

Majlis yang berlangsung sekitar pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang ini telah diisi dengan beberapa acara yang telah dirancang. Antaranya termasuklah acara penyampaian cenderamata kepada para pensyarah penasihat biro, bertukar-tukar hadiah, dan sesi bergambar. Jelas kelihatan nuansa keceriaan pada setiap wajah ahli JPP lama dan baharu. Sesungguhnya banyak pengalaman yang bermakna telah dikutip sepanjang tempoh perkhidmtan sebagai JPP. Semoga ukhuwah yang telah terjalin ini akan berkekalan sepanjang hayat.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Thursday, April 9, 2009

Bengkel Penulisan Bebas

Dipetik daripada:Buletin MMU

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PBMKM) akan menganjurkan

Bengkel Penulisan Bebas 2009 
" Menjana Wang melalui Penulisan" 

Bengkel Penulisan yang julung kali diadakan ini akan dikendalikan oleh seorang penulis bebas sepenuh masa, Encik Zamri Mohamad. Bertemakan 3P, Penulis, Penulisan dan Pemasaran, belajar cara-cara menjana wang melalui bakat anda dalam bidang penulisan. Bengkel selama sehari ini diselang selikan dengan ceramah dan latihan secara berkumpulan secara efektif. 

Hari : 11 April 2009, Sabtu 
Tempat: CLC B1, Multimedia University, Melaka 
Masa : 9.00 pagi hingga 4 petang 
Bayaran untuk pelajar MMU: RM 25 
Bayaran untuk pelajar IPTA/IPTS: RM 30 
Bayaran untuk peserta luar: RM 35 

  • Material dan nota kursus disediakan 
  • Makanan tengah hari dan minuman petang disediakan 

Peserta Bengkel ini dihadkan kepada 60 orang. Jika berminat untuk menyertai, sila hubungi Suraya di 016-7311730 atau emel di alsuraya87@yahoo.com. Tarikh tutup penyertaan adalah 8 April 2009. 

Perhatian : Kepada guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila berikan nama dan nombor K/P kepada ahli JPP Biro Penerbitan dan Penerangan pada hari Jamaat, 10 April 2009. Taklimat ringkas akan turut diberikan pada hari tersebut, selepas perhimpunan. Harap maklum.



Jujur. Proaktif. Produktif.

Monday, March 30, 2009

Teater Bangsawan Mahsuri

Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi.
Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.

Anjuran : Biro Sastera & Budaya, JPP
Tarikh : 24 April 2009 (Jumaat)
Harga tiket : RM 15
Penyertaan : 80 orang
Guru pelatih yang berminat boleh beri nama dan nombor kad pengenalan anda kepada saudari Nadrah di bilik B134 dalam minggu ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Istana Budaya.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Monday, March 23, 2009

Gotong-royong Perdana



Blok C


Program : Gotong-royong Perdana
Tarikh : 28 Mac 2009
Tempat : IPGM Kampus Perempuan Melayu
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Penyertaan : semua guru pelatih 

Jom sama-sama kita menyumbangkan tenaga mengindahkan lagi kawasan kampus yang kita sayangi.

Jujur. Proaktif. Produktif.

sekitar teater Sirah Junjungan :: Tahajud Cinta ::






Pada 12 Mac yang lalu, Biro Sastera dan Budaya telah membawa seramai 38 orang guru pelatih menyaksikan persembahan teater arahan Erma Fatima yang berjudul "Sirah Junjungan". Teater ini bermula pada pukul 8.40 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. 

Teater kali ini harus diberi perhatian kerana pengisiannya yang ringkas serta padat dengan elemen seni tarian, muzik, tarian, nyanyian dan lakonan namun penuh dengan ketelitian. Bukan mudah untuk menceritakan kembali sejarah Islam yang mempunyai fakta dan memerlukan sumber yang sahih. Sementara nyanyian Jamal Abdillah yang mengalunkan lagu-lagu nasyid dan selawat Nabi SAW begitu menyentuh jiwa. Semoga teater seperti ini akan terus dihidupkan lagi pada masa akan datang.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Earth Hour 2009

IPGM Kampus Perempuan Melayu akan menyertai program Earth Hour pada 28 Mac ini. Earth Hour diadakan sebagai satu simbolik undian terhadap kesejahteraan Bumi. Undian ini akan menentukan bentuk tindakan bagi dasar kerajaan menetang isu pemanasan global yang akan menggantikan Protokol Kyoto. Ini merupakan satu peluang bagi penduduk Bumi untuk menyatakan pendirian mereka.

Antara bangunan yang terlibat ialah Anjung Hikmah, asrama blok A, B, dan C. Sila padamkan lampu pada pukul 8.30 sehingga 9.30 malam.


Jujur. Proaktif. Produktif. 

Monday, March 9, 2009

Tampuk kepimpinan JPP sesi 2009/2010


Memperkenalkan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010: 

Ahli Majlis Tertinggi

Yang di-Pertua : Azuanurhuda binti Abd Rahman
Naib Yang di-Pertua 1 : Norzarina binti Kamarudin
Naib Yang di-Pertua 2 : Siti Zahrah binti Md. Yusuf
Setiausaha Agung Kehormat : Nabilah Surayar binti Azami
Naib Setiausaha Agung Kehormat 1 : Siti Sabariah binti Mat Isa
Naib Setiausaha Agung Kehormat 2 : Zulaikha binti Mohamad
Bendahari Agung Kehormat : Siti Nur Hidayah binti Jamiran
Naib Bendahari Agung Kehormat 1 : Zamarita binti Zakaria
Naib Bendahari Agung Kehormat 2 : Izzatul Husna binti Tarmizi

9 Biro Utama

Biro Agama dan Dakwah
Pengerusi : Rahmah binti Basri
Naib 1 : Nor Hasmira binti Salleh
Naib 2  : Siti Umairah binti Othman

Biro Pendidikan
Pengerusi : Wan Nor Adila binti Wan Adnan
Naib 1 : Aisyah Nadzirah binti Zakaria
Naib 2 : Nor Amalina binti Abd Aziz

Biro Sosial dan Kebajikan
Pengerusi : Nur Syafawati binti Abdul Halim
Naib 1 : Siti Nur Qamariah binti Meskun
Naib 2 : Nur Izzatie binti Ismail

Biro Penerangan dan Penerbitan
Pengerusi : Aminatul Rasyhidah binti Ghazali
Naib 1 : Nor Izzati binti Mohamed Asri
Naib 2 : Siti Noor Baizura binti Zakaria

Biro Sukan dan Rekreasi
Pengerusi : Salwa binti Sape'e 
Naib 1 : Fadhilah binti Othman
Naib 2 : Nurul Zaimah binti Ismail

Biro Peralatan dan Teknik
Pengerusi : Nusaibah binti Kusairy
Naib 1 : Nur Syairah binti Zailuddin
Naib 2 : Nur Hafizah binti Bachok

Biro Perhubungan Luar
Pengerusi : Nur Zatul Itri binti Abdul Aziz
Naib 1 : Saidatul Nafisah binti Ahmad
Naib 2 : Siti Mariani binti Mustapa

Biro Asrama dan Makanan
Pengerusi : Nur Afifah binti Mohd Salleh
Naib 1 : Maisarah binti Mahussain
Naib 2 : Nooridayu binti Roslan

Biro Sastera dan Budaya
Pengerusi : Nor Atikah binti Mahdazir
Naib 1 : Nur Izzati binti Md Saref
Naib 2 : Nadrah binti Abdul Majid

:::  Selamat menjalankan tugas  :::


Jujur. Proaktif. Produktif.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPP sesi 2009/2010

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Majlis Penghargaan JPP sesi 2008/2009

Perhimpunan bulanan bagi bulan Februari telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu, bersamaan 6 Mac 2009. Pada perhimpunan kali ini, pengarah telah memperkenalkan pengurusan tertinggi IPGM Kampus Perempuan Melayu dan tiga orang pensyarah kanan DG 52, manakala KUPP telah memperkenalkan staf baharu. Seterusnya, majlis penghargaan JPP sesi 2008/2009 telah berlangsung dan diikuti perarakan masuk JPP sesi 2009/2010. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ini dimulakan dengan penghulu istiadat, iaitu Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Hj. Mihat bin Hj. Dolah mengisytiharkan majlis watikah dimulakan. Seterusnya, Yang Di-Pertua saudari Azuanurhuda binti Abd Rahman telah mengetuai bacaan ikrar disusuli sesi menandatangani watikah oleh YDP, NYDP 1 dan NYDP 2. Kemudian, penangguhan majlis dilakukan oleh penghulu istiadat sekali lagi dan barisan JPP sesi 2009/2010 bergerak keluar majlis. 

Buat barisan JPP sesi 2009/2010, semoga kalian akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi dengan sebaik-baiknya. 



Jujur. Proaktif. Produktif.

Raptai MPWP JPP sesi 2009/2010


Terima kasih kepada semua JPP lama dan baharu yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang raptai Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan (MPWP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010. 


Jujur. Proaktif. Produktif.

Tuesday, March 3, 2009

Teater Muzikal Sirah Junjungan


Teater arahan Erma Fatima akan dipersembahkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Teater ini mengisahkan babak-babak penting dalam sejarah Rasulullah S.A.W yang pastinya menyentuh jiwa dan keimanan orang-orang mukmin.

Anjuran : Biro Sastera & Budaya, JPP
Tarikh : 13 Mac 2009 (Jumaat)
Harga tiket : RM 30
Penyertaan : 60 orang

Guru pelatih yang berminat boleh beri nama dan nombor kad pengenalan anda kepada saudari Nadrah di bilik B134 dalam minggu ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Istana Budaya.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Wednesday, February 25, 2009

Pertandingan Syarahan & Nasyid

Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), IPGM Kampus Perempuan Melayu akan mengadakan beberapa aktiviti bagi menjana diri guru pelatih sebagai insan cemerlang. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan syarahan dan nasyid yang bertujuan mencari wakil institut ke peringkat kebangsaan. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 -10.30 malam
Tempat : Dewan Serikandi (Dewan Besar) dan Dewan Tun Fatimah
Peserta : terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa dan KDC

Objektif :
  • meningkatkan penghayatan terhadap erti hijrah dalam kalangan guru pelatih
  • mencungkil dan memupuk bakat guru-guru pelatih dalam syarahan dan nasyid
  • memperingati peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat
  • mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ikatan ukhwah di kalangan guru pelatih


Jujur. Proaktif. Produktif. 

Pendaftaran Pelajar KDP-OUM


Seramai 112 orang guru telah mendaftarkan diri di Kampus Perempuan Melayu pada hari Isnin, 23 Februari 2009 bagi mengikuti Kursus Diploma Perguruan 14 minggu. Kami selaku barisan JPP mengalu-alukan kehadiran anda ke Kampus Perempuan Melayu. Semoga kembara ilmu di sini akan membawa seribu pengalaman yang bermakna dalam diri para pendidik.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Monday, February 16, 2009

Pilihanraya

Pilihanraya bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010 telah selamat berlangsung pada pagi tadi. Terima kasih kepada semua guru pelatih yang telah mengundi dan seterusnya memilih wakil pemimpin anda dengan bijaksana. Keputusan pilihanraya juga telah ditampal di papan kenyataan blok asrama. Jadi bagi mengetahui sama ada calon-calon undian anda terpilih atau tidak, sila rujuk senarai nama tersebut. 

Tahniah kepada bakal-bakal ahli JPP yang baharu. Mudah-mudahan kalian semua dapat membawa kecemerlangan buat semua guru pelatih IPGM KPM pada masa akan datang.


Jujur. Proaktif. Produktif.

Thursday, February 12, 2009

Kempen Derma Darah Berjaya


Terima kasih atas semua pihak yang telah menjayakan kempen derma darah pada 11 Februari 2009 yang lalu. Untuk pengetahuan anda, seramai 116 orang guru pelatih telah menderma darah pada hari tersebut. Manakala, seramai 96 orang pula tidak melepasi kelayakan menderma darah yang telah ditetapkan kerana halangan tertentu. Antaranya termasuklah kekurangan berat badan, tidak melepasi paras hemoglobin 12.5, tekanan darah tinggi, selsema dan batuk. Tidak mengapa, cuba lagi pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, kempen ini berjaya mencapai sasarannya untuk mendapatkan seramai 100 orang penderma. Tahniah Biro SOKEBA! 


Jujur. Proaktif. Produktif.

Pembatalan Promosi PGL

Biro Sastera dan Budaya ingin memaklumkan bahawa lawatan ke Istana Budaya bagi menyaksikan teater Puteri Gunung Ledang Musim ke-3 telah dibatalkan. Hal ini kerana kebanyakan tiket yang berharga RM30 telah habis dijual dan tidak boleh ditempah. Pihak Biro Sastera dan Budaya memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. 


Jujur. proaktif. Produktif.

Thursday, February 5, 2009

Kempen Derma Darah 2009


Anjuran : Biro Sosial dan Kebajikan (SOKEBA) dengan kerjasama Hospital Besar Melaka.
Tarikh : 11 Februari 2009 (Rabu)
Tempat : Dewan Srikandi 
Masa : 9.00 pagi - 1.30 petang

Objektif Program
  • Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam jiwa warga IPGM KPM.
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada warga IPGM KPM untuk memberi sumbangan serta melakukan amal soleh.
  • Merapatkan silaturrahim dalam kalangan warga IPGM KPM.
  • Membantu mereka yang lebih memerlukan.
Kepentingan Menderma Darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya:
  • mangsa kemalangan
  • pesakit yang menjalani pembedahan
  • bayi yang baru lahir dan menghidap penyakit kuning (jaundis)
  • pesakit talassemia dan hemofilia
  • ibu yang mengalami ketumpahan darah
Kriteria bagi seseorang penderma darah
Anda layak menderma darah sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di bawah:
  • berumur 19 tahun ke atas
  • berat badan 45 kg dan ke atas
  • sihat tubuh badan
  • sihat pada hari menderma darah
  • tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu sebelum menderma darah
  • tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma darah
  • tidak mengandung atau menyusu anak di bawah setahun
  • tidur yang cukup (lebih daripada 6 jam)
  • tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Proses menderma
  • isi borang
  • pemeriksaan tekanan darah & berat badan
  • ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
  • pengambilan darah
  • rehat dan jamuan ringan


Jujur. Proaktif. Produktif.

Tuesday, February 3, 2009

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu

Seramai 91 orang telah mendaftar pada hari Selasa, 3 Februari 2009 untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)  ambilan Februari 2009. Ambilan kali ini merupakan ambilan kali kedua. Kami selaku barisan JPP mengalu-alukan kehadiran guru pelatih KPLI dan mengucapkan selamat datang ke Kampus Perempuan Melayu. Semoga anda akan mendapat kecemerlangan sepanjang menuntut selama setahun di sini.



Jujur. Proaktif. Produktif.

Pilihanraya JPP 2009

Tarikh pilihanraya : 16 Februari 2009
Unit yang terlibat : PPISMP & PISMP

Garis panduan pilihanraya IPGM Kampus Perempuan Melayu:
  1. Setiap unit mestilah menghantar 3 orang calon.
  2. Setiap borang pencalonan mestilah ada nama pencadang dan penyokong.
  3. Tarikh penamaan calon ialah pada 1 hingga 4 Februari 2009. Sila hantar borang pencalonan unit anda sebelum pukul 1.30 petang ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
  4. Senarai nama calon-calon yang layak bertanding akan ditampal di papan kenyataan selepas diluluskan oleh pihak pendaftar.
  5. Selepas 4 Februari, calon-calon yang layak akan mengambil gambar berukuran pasport.
  6. Pegawai petugas pilihanraya seperti pegawai pengira undi akan dipilih daripada unit KPLI.
  7. Pihak HEP akan menjadi pemantau agar pilihanraya berjalan dengan lancar.
  8. Calon yang mendapat undian yang terbanyak akan dipilih.
Cara-cara berkempen:
  • Calon boleh menggantung poster.
  • Calon boleh membuat sudut pidato di kawasan asrama sepanjang 5 hingga 15 Februari, dari pukul 9 - 10.30 malam. Calon boleh menyatakan dasar yang diperjuangkannya.
  • Calon boleh mengedarkan flyer yang telah dirujuk dan diluluskan oleh KJ HEP.
  • Meraih undi daripada individu ke individu atau daripada bilik ke bilik.

Semasa pilihanraya berlangsung:
  • Guru pelatih akan mengundi di Dewan Seri Kandi dan Dewan Tun Fatimah.
  • Satu peti undi telus akan disediakan bagi setiap unit.
  • Masa mengundi ialah pada waktu tutorial, iaitu pukul 8.00 - 9.00 pagi.
  • Keputusan pilihanraya akan diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 2.30 petang, 16 Februari setelah diluluskan oleh pihak pendaftar.

Selepas pilihanraya berlangsung:
  • Calon-calon yang menang akan bermesyuarat pada 18 Februari untuk membentuk organisasi JPP yang baharu.
  • Pada 27  Februari, JPP akan dimasyurkan melalui majlis penyerahan watikah JPP.

Jujur. Proaktif. Produktif.

Thursday, January 22, 2009

Laporan Program Malam Freedom for Palestin


Program Malam Freedom for Palestin yang dianjurkan oleh Biro Agama dan Dakwah dengan kerjasama Jawatankuasa BISA telah berjaya dilaksanakan pada 16 Januari 2009. Program ini berjaya mencapai objektif-objektifnya yang ingin menyuntik kesedaran kepada semua guru pelatih tentang penderitaan umat Islam di Semenanjung Gaza. Diharapkan agar program seumpama ini akan dianjurkan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Jujur. Proaktif. Produktif

Perhimpunan Bulanan Januari 2009



Pada 19 Januri, perhimpunan bulanan yang pertama telah diadakan di Dewan Seri Kandi, IPGM Kampus Perempuan Melayu. Perhimpunan ini telah mengumpulkan seluruh warga institut. Antara pengisiannya ialah ikrar perkhidmatan awam, ucapan bicara profesional, ucapan pengarah, YDP, dan tayangan video tentang Gaza. Sempena perhimpulan kali ini, pihak institut telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin. Tabung ini bertujuan mengutip dan menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui badan amal. 


Jujur. Proaktif. Produktif.

Thursday, January 15, 2009

Program Malam Freedom for Palestin



Tarikh : 16 Januari 2009 (Jumaat)
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aisyah
Tema : "Hancur Israel, Selamatkan Palestin"
Penyertaan : Semua guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu
Anjuran : Biro Agama dan Dakwah dengan kerjasama Jawatankuasa BISA

Progran ini bertujuan:
  1. Menanam kesedaran terhadap isu kekejaman Israel terhadap umat Islam.
  2. Mendedahkan kepada guru pelatih tentang isu global yang berlaku di Palestin.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dalam memperjuangkan Islam.
  4. Mengukuhkan ukhwah di kalangan guru pelatih.

Aturcara program:
  • Gimik
  • Pelancaran tabung Palestin
  • Tayangan video Palestin
  • Rintihan dari Palestin
  • Kata-kata semangat
  • Bacaan Qunut Nazilah & Doa Wihdah
  • Tandatangan "hancur Israel, selamatkan Palestin"
  • Pameran Palestin

Jujur. Proaktif. Produktif.

Cuti Sempena Tahun Baru Cina 2009



Dimaklumkan bahawa cuti bagi Tahun Baru Cina akan bermula pada 26 sehingga 30 Januari 2009. Untuk pengetahuan guru pelatih sekalian, hari Rabu telah diambil sebagai cuti peristiwa Kuliah pada hari Khamis akan diganti pada 17 Januari dan Jumaat akan diganti pada  14 Februari.  Selamat bercuti!

Jujur. Proaktif. Produktif.

MPPB Januari 2009



Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Ambilan Januari 2009 telah berlangsung pada 12 - 16 Januari 2009. Seramai 300 pelajar KPLI-SR, dan 207 pelajar PISMP tahun pertama, dan 15 orang KPLI-LPBS-J-QAF Ambilan Januari 2009 - Jun 2010 telah mendaftarkan diri pada hari Isnin yang lalu. 

Wednesday, January 14, 2009

Forum Maal Hijrah 1430 H



Pada 9 Januari yang lalu, satu forum sempena Maal Hijrah telah berlangsung di Dewan Seri Kandi. Forum ini telah dihadiri oleh semua guru pelatih dan para pensyarah yang beragama Islam. Forum yang bertajuk "Kuasa Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah" ini turut mengupas beberapa isu yang berkaitan dengan hijrah. Antaranya termasuklah:

1) Sebab-sebab berlakunya hijrah
2) Implikasi hijrah terhadap golongan Muhajirin dan Ansar
3) Kesan hijrah kepada umat Islam yang dinafikan haknya (Palestin)
4) Persiapan diri untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam
5) Peranan sayap wanita untuk melahirkan generasi yang dapat 
    membantu umat Islam
6) Aplikasi hijrah dalam kehidupan harian

Ahli panel forum ini terdiri daripada Ustaz Mohd. Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ustazah Pauziah binti Hj. Omar dan Kapten Muhd. Azizan bin Mohamed. Manakala moderator ialah Ustaz Mat Nawi bin Jusoh. 

Banyak input yang baru yang dapat dijadikan amalah dalam kehidupan harian kita sebagai seorang Muslim yang berjaya. Semoga forum ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga perubahan yang dirancang akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa di sisi-Nya.

Promosi Teater PGL Musim 3



Petikan daripada laman web Istana Budaya

Adipati dan orang-orang Majapahit menghadapi saat-saat kekalahan. Seorang pengutus raja telah dihantar ke Melaka untuk mendapat kerjasama menentang Demak. Kekosongan jiwa Puteri mula terisi dengan kehadiran rombongan Melaka yang diketuai Hang Tuah. Cinta pandang pertama mula memutik di antara Puteri dan Hang Tuah.

Anjuran: Biro Sastera & Budaya, JPP
Penyertaan : semua guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu
Harga tiket : RM33 (caj sebanyak RM3 akan dikenakan untuk tempahan)

*Tempat adalah terhad, iaitu sebanyak 78 orang sahaja. Sesiapa yang berminat, sila berikan nama dan nombor K/P anda kepada Biro Sastera & Budaya sebelum 1 Februari 2009. 

Pementasan Teater Makyung Raja Besar Senyanya




Pada 9 Januari yang lalu, Biro Sastera & Budaya telah menganjurkan satu lawatan untuk menonton teater yang bertajuk Makyung Raja Besar Senyanya. Seramai 45 orang guru pelatih telah menyertai lawatan yang diadakan di Istana Budaya. Lawatan ini turut disertai oleh 10 orang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu. Pementasan teater ini didapati amat menarik kerana terdapat banyak unsur lelucon manakala secara keseluruhannya, teater berjaya disampaikan dengan baik.

Berikut merupakan petikan sinopsis daripada teater tersebut:
Raja Besar Senyanya bakal membawa kisah anak Raja Gondang yang terkenal dalam genre makyung dan seringkali dipersembahkan kepada golongan di Raja serta aristokrat. Persembahan ini berkisar kepada kisah Raja Besar Senyanya, ayahanda anak Raja Gondang yang kecewa apabila dikurniakan putera dengan rupa fizikal siput gondang. Beliau yang marah dengan kejadian tersebut menghalau permaisurinya dengan tuduhan bahawa permaisurinya berlaku curang.