Monday, March 30, 2009

Teater Bangsawan Mahsuri

Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi.
Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.

Anjuran : Biro Sastera & Budaya, JPP
Tarikh : 24 April 2009 (Jumaat)
Harga tiket : RM 15
Penyertaan : 80 orang
Guru pelatih yang berminat boleh beri nama dan nombor kad pengenalan anda kepada saudari Nadrah di bilik B134 dalam minggu ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Istana Budaya.


Jujur. Proaktif. Produktif.

0 comments: