Wednesday, January 14, 2009

Forum Maal Hijrah 1430 H



Pada 9 Januari yang lalu, satu forum sempena Maal Hijrah telah berlangsung di Dewan Seri Kandi. Forum ini telah dihadiri oleh semua guru pelatih dan para pensyarah yang beragama Islam. Forum yang bertajuk "Kuasa Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah" ini turut mengupas beberapa isu yang berkaitan dengan hijrah. Antaranya termasuklah:

1) Sebab-sebab berlakunya hijrah
2) Implikasi hijrah terhadap golongan Muhajirin dan Ansar
3) Kesan hijrah kepada umat Islam yang dinafikan haknya (Palestin)
4) Persiapan diri untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam
5) Peranan sayap wanita untuk melahirkan generasi yang dapat 
    membantu umat Islam
6) Aplikasi hijrah dalam kehidupan harian

Ahli panel forum ini terdiri daripada Ustaz Mohd. Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ustazah Pauziah binti Hj. Omar dan Kapten Muhd. Azizan bin Mohamed. Manakala moderator ialah Ustaz Mat Nawi bin Jusoh. 

Banyak input yang baru yang dapat dijadikan amalah dalam kehidupan harian kita sebagai seorang Muslim yang berjaya. Semoga forum ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga perubahan yang dirancang akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa di sisi-Nya.

0 comments: