Thursday, January 22, 2009

Laporan Program Malam Freedom for Palestin


Program Malam Freedom for Palestin yang dianjurkan oleh Biro Agama dan Dakwah dengan kerjasama Jawatankuasa BISA telah berjaya dilaksanakan pada 16 Januari 2009. Program ini berjaya mencapai objektif-objektifnya yang ingin menyuntik kesedaran kepada semua guru pelatih tentang penderitaan umat Islam di Semenanjung Gaza. Diharapkan agar program seumpama ini akan dianjurkan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Jujur. Proaktif. Produktif

2 comments:

Anonymous said...

Baru sebentar tadi kami warga IPIS turut mengadakan Malam UntukMu Palestine..program dimulakan dengan deklamasi sajak salam syair perjuangan, ceramah bersama wakil aman palestine, nasyid, pentomin, doa qunut nazilah dan bakar bendera Israel..sama-sama kita mengambil peduli hal keadaan saudara mara kita di sana dengan selalu mendoakan mereka setiap kali selepas solat...Takbir...Allahu Akbar..

JPP said...

Alhamdulillah...
Semoga kempen memboikot barangan Israel kian berkesan di kalangan umat Islam. Kami turut berharap agar sumbangan yang telah dihulurkan akan dapat membantu serba-sedikit kehidupan saudara kita di Palestin.