Anjuran : Biro Sosial dan Kebajikan (SOKEBA) dengan kerjasama Hospital Besar Melaka.
Tarikh : 11 Februari 2009 (Rabu)
Tempat : Dewan Srikandi
Masa : 9.00 pagi - 1.30 petang
Objektif Program
- Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam jiwa warga IPGM KPM.
- Menyediakan ruang dan peluang kepada warga IPGM KPM untuk memberi sumbangan serta melakukan amal soleh.
- Merapatkan silaturrahim dalam kalangan warga IPGM KPM.
- Membantu mereka yang lebih memerlukan.
Kepentingan Menderma Darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya:
- mangsa kemalangan
- pesakit yang menjalani pembedahan
- bayi yang baru lahir dan menghidap penyakit kuning (jaundis)
- pesakit talassemia dan hemofilia
- ibu yang mengalami ketumpahan darah
Kriteria bagi seseorang penderma darah
Anda layak menderma darah sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di bawah:
- berumur 19 tahun ke atas
- berat badan 45 kg dan ke atas
- sihat tubuh badan
- sihat pada hari menderma darah
- tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
- tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu sebelum menderma darah
- tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma darah
- tidak mengandung atau menyusu anak di bawah setahun
- tidur yang cukup (lebih daripada 6 jam)
- tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Proses menderma
- isi borang
- pemeriksaan tekanan darah & berat badan
- ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
- pengambilan darah
- rehat dan jamuan ringan
Jujur. Proaktif. Produktif.
0 comments:
Post a Comment