Tarikh pilihanraya : 16 Februari 2009
Unit yang terlibat : PPISMP & PISMP
Garis panduan pilihanraya IPGM Kampus Perempuan Melayu:
- Setiap unit mestilah menghantar 3 orang calon.
- Setiap borang pencalonan mestilah ada nama pencadang dan penyokong.
- Tarikh penamaan calon ialah pada 1 hingga 4 Februari 2009. Sila hantar borang pencalonan unit anda sebelum pukul 1.30 petang ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
- Senarai nama calon-calon yang layak bertanding akan ditampal di papan kenyataan selepas diluluskan oleh pihak pendaftar.
- Selepas 4 Februari, calon-calon yang layak akan mengambil gambar berukuran pasport.
- Pegawai petugas pilihanraya seperti pegawai pengira undi akan dipilih daripada unit KPLI.
- Pihak HEP akan menjadi pemantau agar pilihanraya berjalan dengan lancar.
- Calon yang mendapat undian yang terbanyak akan dipilih.
Cara-cara berkempen:
- Calon boleh menggantung poster.
- Calon boleh membuat sudut pidato di kawasan asrama sepanjang 5 hingga 15 Februari, dari pukul 9 - 10.30 malam. Calon boleh menyatakan dasar yang diperjuangkannya.
- Calon boleh mengedarkan flyer yang telah dirujuk dan diluluskan oleh KJ HEP.
- Meraih undi daripada individu ke individu atau daripada bilik ke bilik.
Semasa pilihanraya berlangsung:
- Guru pelatih akan mengundi di Dewan Seri Kandi dan Dewan Tun Fatimah.
- Satu peti undi telus akan disediakan bagi setiap unit.
- Masa mengundi ialah pada waktu tutorial, iaitu pukul 8.00 - 9.00 pagi.
- Keputusan pilihanraya akan diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 2.30 petang, 16 Februari setelah diluluskan oleh pihak pendaftar.
Selepas pilihanraya berlangsung:
- Calon-calon yang menang akan bermesyuarat pada 18 Februari untuk membentuk organisasi JPP yang baharu.
- Pada 27 Februari, JPP akan dimasyurkan melalui majlis penyerahan watikah JPP.
Jujur. Proaktif. Produktif.
0 comments:
Post a Comment