Friday, July 18, 2008

Bengkel Puisi 2008





Bengkel puisi telah berlangsung dengan jayanya pada 11-13 Julai yang lalu di Kompleks Sungai Duyung, Permatang Pasir, Melaka. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama antara Biro Sastera dan Budaya, JPP dengan Institut Kesenian Malaysia, Melaka (ISMA). Seramai 48 orang peserta telah menyertai bengkel ini, iaitu majoritinya daripada kalangan guru pelatih IPPM dan selebihnya daripada IPTA lain seperti Kolej Profesional MARA, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka, dan UiTM Shah Alam.
Bengkel selama 3 hari 2 malam ini ternyata memberi banyak pendedahan dan kemahiran baharu kepada para peserta. Beberapa jenis puisi telah diperkenalkan semula oleh tenaga pengajar termasuklah nazam, syair, gurindam, seloka dan pantun. Para perserta telah dibahagikan kepda 3 buah kumpulan utama iaitu kumpulan Tun Fatimah, Tun Teja dan Tun Kudu. Setiap kumpulan akan mempelajari puisi di tempat yang berbeza mengikut bidang kepakaran tenaga pengajar. Sepanjang bengkel berjalan, para peserta juga diberi ruang dan peluang untuk mempraktik apa yang telah dipelajari secara langsung.
Pada hari terakhir iaitu hari Ahad, satu pertandingan akhir telah diadakan. Ia bertujuan mendapatkan 10 orang peserta yang berbakat untuk dibawa ke Pahang dan melawat ke tempat-tempat bersejarah di sana. Alhamdulillah, terdapat 5 orang peserta IPPM yang berjaya dan terpilih untuk ke Pahang. Syabas dan tahniah diucapkan!.
*** Sehubungan dengan ini, satu lagi program susulan akan diadakan di IPPM iaitu pertandingan puisi drama yang diadakan antara blok di asrama yang dianjurkan oleh Biro Sastera dan Budaya. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini...tonjolkanlah bakat terpendam anda dengan menyertai pertandingan puisi drama. Untuk pertanyaan, sila berhubung dengan biro sastera dan budaya, iaitu saudari Hamizah ( Blok A), Hasni (Blok B) dan Asmeeda (Blok A).

0 comments: