Monday, July 28, 2008

Penjelajahan Bakti Persatuan Erat ke IPPM

Satu lawatan muhibbah ke IPPM telah berlangsung semalam, hari Ahad 27 Julai 2008. Lawatan ini bertujuan merapatkan lagi silaturrahim antara IPPM dan Persatuan Erat UPSI. Mereka tiba di Dewan Tun Fatimah pada pukul 2.50 petang dan sesi persembahan video serta Power Point telah diadakan. Seterusnya, pihak JPP IPPM dan Persatuan Erat telah mengadakan sesi soal jawab bagi sebarang perkara berkenaan sejarah institusi pengajian masing-masing. Kemudian, sesi jalan-jalan meluaskan pemandangan telah dijalankan bagi memberi pendedahan yang lebih lanjut berkenaan bangunan lama yang telah menjadi monumen di IPPM terutamanya asrama blok C. Selanjutnya, ahli-ahli Persatuan Erat telah dibawa menikmati minum petang, menunaikan solat Asar dan menyertai sesi bergambar sebelum mereka pulang ke UPSI semula. Walaupun lawatan ini agak singkat, namun ternyata kedua-dua pihak dapat meningkatkan lagi hubungan baik yang telah lama terjalin antara IPPM - UPSI. Di samping itu, IPPM juga masih menantikan jemputan bagi melangsungkan Debat Piala Munshi dengan UPSI sebagai tuan rumah pada tahun ini.

0 comments: