Wednesday, July 16, 2008

Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB)


MPPB bermula lagi. Kali ini JPP bertindak membantu mentor dalam sesi LDK, pada waktu petang dan malam. Satu pengalaman yang menarik telah dilalui, iaitu pada hari pendaftaran (hari Isnin) lalu. Sesi pengambilan kali ini agak kurang berbanding tahun-tahun lepas kerana unit KPLI yang semakin berkurangan. Buat pengetahuan semua, kali ini JPP turut mengadakan gerai jualannya sendiri bersama-sama gerai lain seperti Koperasi, BISA dan KRS. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Makanan yang dijual telah habis dibeli sebelum menjelang tengah hari.


Pelajar baru mengikuti jadual yang telah diberikan. Pada sebelah petang, mereka akan melalui sesi LDK dan kemudian bersembahyang Maghrib & Isya' secara berjemaah di BISA. Banyak lagi budaya IPPM akan diperkenalkan kepada mereka secara beransur-ansur. Salah satu budaya yang masih dikekalkan di IPPM ialah pemakaian tudung Serikandi atau tudung harimau yang dipakai oleh pelajar baru pada minggu pertama. Saat ini amat bermakna kerana tudung Serikandi ini merupakan satu simbolik yang menandakan seorang pelajar baru masuk ke IPPM serta bakal menjadi sebahagian daripada warga IPPM. Tentunya pengalaman ini telah dirasai oleh setiap guru pelatih di sini dan akan menjadi kenangan yang bermakna sepanjang hayat mereka.

~**~**~**~**~**~**~

Humor Hari ini: DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."

Pesakit : "Selamat petang Doktor!"

Doktor : "Ada masaalah apa ....?"

Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."

Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....

Doktor : "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."

Pesakit : "Apa caranya doktor?"

Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."

Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"

Doktor : "Yang percuma kena sabar..."

Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"

Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge, anda tinggal tarik keluar."

Pesakit : Huh??

p/s : Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat..Jangan tension2 :)

0 comments: